siapakah????
By ismishima - December 22, 2013
salamualaikum...
Siapakah orang yang sibuk?..
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat
akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi
Sulaiman a.s
Siapakah orang yang manis senyumanya?..
Orang yang mempunyai
senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna
lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu
ini", sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang kaya?..
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang
ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin?..
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang
ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.
Siapakah orang yang rugi?..
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia
pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...
Siapakah orang yang paling cantik?..
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak
yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?..
Orang
yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal
kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi
dihimpit?..
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang
mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...
Siapakah orang yang mempunyai akal?..
Orang yang mempunyai
akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal
sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..
Siapakah org yg KEDEKUT?..
Orang yg kedekut ialah org yg membuang mesej ini begitu sahaja, malah dia
tidak menyampaikan pula pada orang lain.....
0 comments
nama:
umur: