Pesanan penaja di jalan ALLAH.

By ismishima - February 18, 2014

Jika handphone mu itu menyebabkan kamu LALAI hingga orang azan kamu masih dengannya hingga TIDAK MEMPEDULIKAN SERUAN itu...

Hingga ia menjadi permainan saat berada di majlis ilmu di hadapan gurumu...
Hingga kamu tergamak melewatkan solatmu kerananya...
Hingga zikirmu berkurang dengan adanya ia...
Hingga al-Quran tidak lagi kamu pandang dan baca kerana kamu asyik dengannya...

Sedang kamu tidak ada keperluan padanya pada waktu itu, maka buanglah ia dari kehidupan mu...

Kerana ia telah menjadi salah satu alat untuk MENJAUHKAN kamu dari Tuhan mu..
Kerana ia telah menjadi satu alat supaya kamu lalai dari Tuhan mu..
Kerana ia adalah alat yang digunakan syaitan untuk menghancurkan penghambaanmu...

Maka apa lagi kejahatan yang kamu ingin lihat selain seseorang itu lalai dari Tuhan nya..
Bukan salah handphone itu, tapi salah kamu kerana tak dapat menjauhkan handphone menjadi alat pada syaitan untuk menyesatkanmu..

KAMU HAMBA TELEFON ATAU HAMBA ALLAH??

[Teguran ini menyusuk sungguh..]

Realitinya begitulah..lepas solat selesai salam kedua, terus raba cari hp, padahal xde benda pon.. ats alasan perjuangn, zikir diabaikan..astaghfirullah.. biarlah dgn hp canggih2 menambah ketaatan kpd Allah, bukan mengheret kita lalai kpd-Nya...

ASTAGHFIRULLAH AL AZIM.

 ALLAHUMMA SHALLI ' ALA SYYIDINA MUHAMMAD WA' ALA AALI SYYIDINA MUHAMMAD

  • Share:

You Might Also Like

0 comments

nama:
umur: