Info
Gunung Roraima merupakan gunung tertinggi dan paling
terkenal di Tepui Venezuela. Gunung Roraima adalah salah satu tempat paling
indah di dunia, kerana gunung ini berbentuk seperti meja di atas awan. Untuk
mencapai puncak gunung ini dengan menaiki tangga yang telah disiapkan oleh
pemerintah Venezuela.
Gunung Roraima menjadi terkenal pada tahun 1912 ketika Sir
Arthur Conan Doyle menulis sebuah novel fiksyen berjudul The Lost World. Dia
mendaki Gunung Roraima untuk melakukan eksplorasi penyelidikan untuk mencari
spesies tumbuhan prasejarah dan dinosour yang dipercayai hidup dalam keadaan
terasing dan tidak berubah selama berjuta-juta tahun di puncak gunung.
#Fakta
~Gunung Roraima dimiliki oleh 3 sempadan negara, Guyana,
Venezuela dan Brazil.
~Diterokai oleh Sir Walter Raleigh penjelajah Inggeris pada
tahun 1596.
~Mempunyai ketinggian 2801 meter dan lebar 2338 meter
persegi.
~Gunung berbentuk meja ini terdiri daripada batuan pra
sejarah.
~Merupakan sebahagian taman negara Venezuela, Taman Negara
Cainama.
~Terdapat pelabagai jenis tumbuhan unik di sini termasuklah
periuk kera.
~Di sini jugalah terdapatnya air terjun tertinggi di
dunia,Angel Fall.
~Sebelum kedatangan orang Inggeris, gunung ini penuh dengan
mitos dan lagenda bagi orang asli di kawasan pergunungan tersebut.
~Pihak penerbitan filem terkemuka, Disney dan Pixar
menjadikan gunung ini sebagai inspirasi atau latar di dalam filem mereka.
~Merupakan salah satu slot Animal Planet dan Discovery
Channel,dengan tajuk The Lost World.
~Gunung ini akan terus menjadi ikon yang popular di seluruh dunia ,atas sifat fizikalnya yang lain dari yang lain.