# Indahnya Menjadi Wanita Solehah!
By ismishima - December 22, 2013
1.Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang
wali.
2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70
lelaki soleh.
3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada
1,000 lelaki yang jahat.
4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik
daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada
badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang
diberikannya.
6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke
rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak
selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti
membebaskan 20 orang hamba.
8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan
suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan
penuh rahmat.
9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke
jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500
tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan
bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya
dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana
menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan
bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
11. Wanita yang memerah susu binatang dengan ?bismillah?
akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah?,
Allah akan berkatkan rezekinya.
13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat
pahala seperti meyapu lantai di baitullah.
14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami,
Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia
suka.
15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang
hari.
16.Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam
hari.
17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat
dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala
haji.
18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas
bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat
pahala 12 tahun solat.
20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2
tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga
wajib baginya.
21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang
menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat
pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat
pahala tola perak.
23. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya
akan memasuki syurga.
24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan
mendapat pahala 80 tahun ibadat.
25. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di
akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri
kepada wanita yang memberati auratnya
iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.
0 comments
nama:
umur: