Sebuah Cerita RENUNGAN ..
By ismishima - December 22, 2013
Seorang wanita sedang keluar dari rumahnya apabila dia
terlihat tiga orang lelaki tua berjanggut panjang yang berwarna putih sedang
duduk dihalaman rumahnya. Dia tidak kenal akan mereka.
Wanita itu bertanya, " Saya tidak fikir saya mengenali
awak semua, tetapi saya pasti awak semua mesti sedang lapar. Silalah masuk
kerumah saya dan makan sesuatu."
"Adakah suami awak ada dirumah?", mereka bertanya.
"Tidak", wanita itu berkata. "Suami saya
telah keluar."
"Jadi, kami tidak akan masuk", mereka menjawap.
Sewaktu suaminya pulang ke rumah pada petang itu, wanita itu
pun memberitahunya kejadian tersebut. "Pergi beritahu mereka bahawa saya
telah balik dan menjemput mereka masuk kedalam sekarang!"
Wanita itu keluar dan menjemput ketiga-tiga lelaki tua itu
masuk ke dalam.
"Kami tidak akan masuk ke dalam rumah
bersama-sama," mereka menjawap.
"Mengapa begitu?" wanita itu ingin tahu.
Salah seorang dari lelaki tua itu pun menerangkan :
"Namanya ialah Kekayaan," Dia berkata sambil
menunjuk ke arah salah seorang kawannya, dan beralih menunjuk kearah kawan yang
seorang lagi, " Dia adalah Kejayaan, dan saya adalah Kasih Sayang."
Dia menyambung lagi, "Sekarang masuklah semula kedalam
rumah dan berbincanglah dengan suami awak, siapakah di antara kami bertiga yang
kamu ingin jemput kedalam rumah."
Wanita itu pun masuk semula kedalam dan memberitahu suaminya
perkara tersebut. Suaminya berasa sungguh gembira.
"Bagusnya!!" dia berkata. "Kalau macam tu
jemputlah Kekayaan masuk. Biar dia masuk dan mengisi rumah kita ini dengan
Kekayaan!"
Isterinya tidak bersetuju. "Abang, kenapa pula kita
tidak menjemput Kejayaan?"
Kebetulan, menantu perempuan mereka juga sedang mendengar
perbualan itu dari satu sudut rumah yang lain. Dia lalu menyampuk dan
memberikan pandangannya :
"Bukankah lebih baik sekiranya kita menjemput Kasih
Sayang? Rumah kita ini pasti akan diselubungi dengan Kasih Sayang!"
"Biarlah kita mengikut nasihat menantu kita itu,"
kata suami itu kepada isterinya.
"Keluar dan jemputlah Kasih Sayang sebagai tetamu
kita."
Wanita itu pun keluar dan bertanya kepada tiga lelaki tua,
"Yang mana satu diantara kamu adalah Kasih Sayang? Silalah masuk dan jadi
tetamu kami."
Kasih Sayang bangun dan mula berjalan ke arah rumah.
Kedua-dua lelaki yang lain juga bangun dan mengikutinya. Terperanjat, wanita
itu pun bertanya kepada Kekayaan dan Kejayaan :
"Saya cuma menjemput Kasih Sayang, mengapa kamu juga
ikut sekali?"
Mereka semua menjawab: "Jika awak menjemput samada
Kekayaan atau Kejayaan, yang lain akan tunggu diluar, tetapi oleh kerana awak
telah menjemput Kasih Sayang, kemana-mana sahaja dia pergi, kami akan pergi
bersamanya.
...Dimana ada Kasih Sayang, disitu juga ada Kekayaan dan
`Kejayaan!"...
Dicatat oleh IBNU MUSLIM""
0 comments
nama:
umur: