# 7 Sunnah Hebat
By ismishima - December 21, 2013
Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah
melampaui batas .
Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul
menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT .
Tetapi itulah kita manusia , tak lari dari melakukn
kesilapan dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita , agar
dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat .
Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah
Nabi setiap hari .
Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:
Pertama:
Tahajjud , kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada
tahajjudnya . Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir
dengan Allah SWT .
Kedua:
Membaca Al-Qur?an sebelum terbit matahari , alangkah baiknya
sebelum mata melihat dunia , sebaiknya mata membaca Al-Qur?an terlebih dahulu
dengan penuh pemahaman . Paling tidak jika sesibuk manapun kita , bacalah ayat
3Qul atau ayat qursi .
Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh . Sebelum
melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid , kerana masjid merupakan pusat
keberkahan , bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari
orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah SWT .
Keempat:
Jaga sholat dhuha , kerana kunci rezeki terletak pada solat
dhuha . Yakinlah , kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki .
Kelima:
Jaga sedekah setiap hari . Allah menyukai orang yang suka
bersedekah , dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah
setiap hari . Percayalah , sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah
berlipat kali ganda .
Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang
berwudhu . Kata khalifah Ali bin Abu Thalib , ?Orang yang selalu berwudhu
sentiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat , dan dijaga
oleh malaikat dengan dua doa , ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah? .
Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat . Dengan istighfar masalah
yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah . Zikir adalah bukti
syukur kita kepada Allah . Bila kita kurang bersyukur , maka kita kurang
berzikir pula , oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam
melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya . Zikir juga
merupakan makanan rohani yang paling bergizi , dan dengan zikir berbagai
kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang
berpangkal pada
materialisme dan hedonisme .
by(ustz.don)
0 comments
nama:
umur: