Kenali Tulang RusukMu
By ismishima - December 22, 2013
Kisah Mengapa Wanita Tercipta dari Tulang Rusuk Lelaki.
Seorang bijak berkata?
Wanita selalu akan mengembalikan yang lebih untuk lelaki
Jika kamu memberinya rumah, maka ia akan memberimu kehangatan dalam rumahmu.
Jika kamu memberinya beras, ia akan menanak nasi untukmu.
Jika kamu memberinya
cinta, ia akan memberimu pengabdian seumur hidupnya.
Tapi jika kau memberinya
hinaan, ia akan memberimu do'a dalam airmata kepedihannya dan itu bererti
persiapkan dirimu untuk berjuta kemalangan!
Jika kelmarin kamu berdo'a dan
yakin bahawa dialah wanita yg sudah terpilih untukmu, maka terimalah dia bukan
hanya sebagai wanita yang sempurna tetapi terimalah dia dengan cara yang
sempurna, melainkan sebagai wanita yang terbaik.
Bukanlah dia yang tidak pernah
berbuat salah, tapi dia yang selalu berkata ma'af untuk setiap kesalahannya dan
ia yang punya sejuta ma'af untuk kesalahanmu.
Ia yang mau menerima masa lalu mu
dan siap merancangkan masa depannya bersamamu serta menyerahkan kehidupannya padamu.
Ia yang selalu cemas dan hilang 'akal ketika kamu tak memberinya khabar.
Jika
dulu sifat manjanya membuatmu tertawa lucu, cemburunya bererti dia sayang
padamu, airmatanya boleh menyayat hatimu, tapi sekarang semuanya itu jadi
alasan kamu melepaskannya, maka merenunglah sejenak! Mengapa dalam berbagai
legenda bahawa wanita itu tercipta dari tulang rusuk lelaki, bukan dari tulang
kepala kerana wanita bukan untuk memimpin lelaki, bukan dari tulang kaki kerana
wanita juga bukan alas kaki lelaki. Wanita tercipta dari tulang rusuk lelaki
kerana dekat dengan hati, agar wanita menjadi pendamping, penjaga hati.
Dekat dengan hati kerana untuk
disayangi. Wanita akan terlelap dalam dekapan lelaki. Kerana wanita tahu dari
sana dia berasal. Maka
0 comments
nama:
umur: