..

By ismishima - December 08, 2013

Adam For Hawa

Untukmu RATUKU
Ratuku
Inginku luahkan
Apa yang sudah lama ingin kuluahkan
Tentang kebimbangan ini
Tatkala  melihat bunga-bunga berguguran
Dipetik tangan-tangan yang ganas
Lagi bernafsu serakah
Ratuku
Kebimbanganku ini masih menebal
Apabila ku dengar
Dengungan kumbang-kumbang perosak
Yang cuba menghirup madumu
Walau tanpa relamu
Ratuku
Kebimbanganku ini masih bertambah
Apabilaku melihat bunga-bunga
 yang tiada segan silu
Melampiaskan kecantikannya
Ketika sedang mekar
Melupakan kuntumannya
Yang sebelum ini melindunginya
Ratuku
Aku masih terpinga-pinga
Masih wujudkah ratu idaman hatiku
Kerana apa yang ku lihat pada hari ini
Semakin banyak bunga-bunga gugur
Bagaikan tibanya musim luruh
Ratuku..
Bukanlah ku harap kau segigih
Siti Hawa yang berlari-lari
Antara safar dan mawarnya
Bukan juga sesetia Ainul Mardiah
Menanti kekasihnya di pintu syurga
Ratuku,
Aku akui hakikat yang tersurat
Engkau bukanlah Siti Khadijah
Mahupun Siti Fatimah
Engkau bukan A’ishah
Bukan juga Rabiatul Adawiyah
Wanita suci yang terpuji
Kerana aku tidak layak
Berharap sedemikian rupa
Cukuplah sekadar
Kau cuba mencontohi bunga-bunga itu
Kembang mekar mewangi
Sehingga harumannya
melawati pintu-pintu syurga
Jangan kau risau ratuku
Kadangkala musim berganti
Sehingga bunga tidak
dapat berkembang mekar
Tapi itu, hanyalah ujian buatmu
Ratuku
Esok musim bunga akan  tiba
Dan kau mampu berkembang lagi
Cuma yang ku harapkan ketika itu
Kau jaga kelopak itu
Jangan sampai tangan-tangan kasar
Memetikmu lagi
Jangan goda kumbang-kumbang ganas
Menghisap madumu
Jangan biarkan gagak-gagak hitam
Merosakkan serimu
Kerana kau ratu idaman kalbu
Ratuku,
Aku bukanlah memandang kecantikanmu
Walaupun kadang-kadang
aku tertarik memandangnya
Tapi bukan itu yang kuharapkan
Aku yakin ratuku,
Masih ada sinar harapan
Yang bias membuatku tersenyum mesra
Kerana akan ku temui
Ratuku yang benar-benar ratuku..


  • Share:

You Might Also Like

0 comments

nama:
umur: