PESANAN ROH PADA MANUSIA
By ismishima - January 27, 2014
Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan
seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan
manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata
: "Wahai orang yang
memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan
perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat
maut".
Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu :
"Wahai orang
yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu
juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila
terlepasnya roh dari tubuh".
Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :
"Demi Allah, wahai
orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku
luka-luka dengan keluarnya roh" .
Setelah dimandi dan dikafankan, telapak
kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan
diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya
sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat
melihat lagi sampai Hari Kiamat.
Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan :
"Demi Allah, wahai
jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu
menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti
mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak
akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya".
Sesudah mayat diletakkan pada
pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan
mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat
kali terakhir.
Sesudah dibawa
dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: "Wahai
Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia
sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini
sebagaimana ia melalaikan aku".
"Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang
aku telah kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung
kesalahanku".
"Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu
berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan
aku".
Ada satu riwayat drp
Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat
itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang
pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi
Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya
kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab:
"Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd
anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh
dan tidak pernah mendoakan aku".
Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam
itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam
mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji
di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu,
Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini
jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada
matahari.
Baginda Rasullullah
saw bersabda: Apabila telah
sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam
lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui
kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula
sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke
perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang
lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya
mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan
menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan
saat nazak orang itu."
Sambung Rasullullah saw lagi:
"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat
Jibrail as akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang
nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu
melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya.�Ini adalah kerana sangat
rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail as
"Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail as akan menebarkan
sayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di
neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya.�Ini adalah kerana terlalu
takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.
Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah
swt menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat
maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah
mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:
"Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana
orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah swt " Setelah
malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah swt
dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.
Lalu Allah swt berfirman yang
bermaksud:
"Wahai malaikat
maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut
mendapat perintah Allah swt maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang
mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin
itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka
berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari
arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala
anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan." Oleh kerana
malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka
malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal
melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki
ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki
ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu." Apabila gagal malaikat
maut mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula
dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga
pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini
sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut
cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri
mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata
ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa
menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali
kepada Allah swt.
Kemudian Allah
swt berfirman yang bermaksud:
"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan
kepada roh orang yang beriman itu. " Sebaik saja mendapat perintah Allah
swt maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah
swt. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah swt maka
keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.
Abu Bakar ra telah ditanya tentang
kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar ra:
"Roh itu menuju ketujuh
tempat:-
1. Roh para Nabi dan
utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju
ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para
shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5.Roh para mukmin yang berdosa akan
tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan
berada di gunung dari minyak misik.
7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa
berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."
Telah bersabda Rasullullah saw: Tiga
kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari
mereka keluar dari kuburnya:-
1.
Orang-orang yang mati syahid.
2.
Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah. Sekian untuk ingatan kita
bersama.
Kalau rajin. Tolong
sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah
salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah
mati. Renungkanlah.....
Sila panjangkan (share) kisah ini
kepada semua saudara islam kita.
Tak Perlu Meminta Izin..
Silakan Share & Sebarkan,
Semoga Ianya Membawa Manfaat Bersama�.
Rasulullah SAW
bersabda :"Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu
saja dan ada
orang yang mengamalkannya, maka walaupun yang menyampaikan
sudah
tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh
pahala."(HR. Al-
Bukhari)
ALLAHUMMA SHALLI '
ALA SYYIDINA MUHAMMAD WA' ALA ALI SYYAIDINA MUHAMMAD
0 comments
nama:
umur: