LAYANILAH ISTERI KAMU SEPERTI CARA RASULULLAH SAW..
By ismishima - January 10, 2014
1. Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya
sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk
keperluan keluarga mahupun untuk dijual.
2. Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan
yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyingsingkan
lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina ?Aisyah
menceritakan ?Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.
3. Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke
masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.?
4. Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda
teramat lapar waktu itu.. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk
sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina ?Aisyah belum ke pasar.
Maka Nabi bertanya, ?Belum ada sarapan ya Khumaira?? (Khumaira adalah panggilan
mesra untuk Sayidatina ?Aisyah yang bererti ?Wahai yang kemerah-merahan?)
Aisyah menjawab dengan agak serba salah, ?Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.?
Rasulullah lantas berkata, ?Jika begitu aku puasa saja hari ini.? tanpa sedikit
tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.
5. Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang
suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, ?Mengapa engkau memukul
isterimu?? Lantas dijawab dengan agak gementar, ?Isteriku sangat keras kepala!
Sudah diberi nasihat dia tetap begitu juga, jadi aku pukul lah dia.? ?Aku tidak
menanyakan alasanmu,? sahut Nabi s. a.. w. ?Aku menanyakan mengapa engkau
memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu??
6. Pernah baginda bersabda, ?sebaik-baik lelaki adalah yang
paling baik, kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.? Prihatin, sabar dan
rendah hati baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun
menurunkan kedudukannya sebagai pemimpin umat..
7. Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa
kehambaan yang sudah melekat dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa
kesombongan.
8. Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak
dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai
maupun dalam kesendiriannya.
9. Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda,
baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus
beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah
bengkak-bengkak.
10. Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya
yang tinggi. Bila ditanya oleh Sayidatina ?Aisyah, ?Ya Rasulullah, bukankah engkau
telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?? Jawab
baginda dengan lunak, ?Ya ?Aisyah, apakah aku tak boleh menjadi hamba-Nya yang
bersyukur.
0 comments
nama:
umur: