Hanya Hamba ALLAH :')

By ismishima - January 10, 2014

Ana bukan sahabat yang setia seperti Abu Bakar
Membenarkan segala kata-kata Rasulullah
Hingga digelar As-Siddiq
Ana tak sebaik beliau
Menyembunyikan kesakitan
Hanya kerana tidak mahu sahabatnya gusar...

Ana bukan sahabat seperti Ali
Bicaranya penuh hikmah
Kebijaksanaannya diakui Rasulullah
Hidupnya sebagai mukmin bermula saat usia masih mentah
Hinggakan cinta Fatimah Az-Zahra menjadi miliknya...

Ana bukan sahabat sehebat Umar Al-Khattab
Hatinya cair kerana bacaan Al-Quran
Ana juga tak seberani dia
Digelar Al-Faruq
Kerana ketegasannya dalam menjaga agama
Sedangkan Ana???

Ana bukan sahabat berperibadi hebat bak Uthman
Hingga Rasulullah sanggup menyerahkan dua puterinya
Kepada insan bergelar Zunurain ini...

Sahabat,
Mereka ini sahabat yang dijanjikan syurga
Sedangkan Ana..
Masih terkontang-kanting dalam membentuk diri
Entah bagaimana timbangan al-mizan kelak
Usahlah mengharapkan kesempurnaan daripada Ana
Sebab diri Ana tak maksum
Maafkan Ana andai ada silap dan salah...


#pesanan buat dia yang Ana gelar sahabat#

  • Share:

You Might Also Like

0 comments

nama:
umur: