Salam Ramadhan Al Mubarak..

By ismishima - March 21, 2023


Ikhlaskan diri menjalani ibadat disepanjang bulan yang penuh barokah ini..

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ، إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا، غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

Maksudnya: “Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan, maka akan diampunkan dosanya yang telah lalu.”

[Riwayat al-Bukhari (38) dan Muslim (760)]

Melalui berpuasa di bulan rahmat ini, Allah SWT akan mengampuni dosa-dosa seseorang hamba. Bagaimanapun ulama mengingatkan bahawa hanya dosa kecil sahaja yang terhapus manakala dosa besar tidak akan terhapus melainkan dengan bertaubat kepada Allah SWT.

Hadis yang lain, daripada Abu Hurairah RA, Sabda Rasulullah SAW:

إِذا جَاءَ رَمَضَانُ، فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الجنَّةِ، وغُلِّقَت أَبْوَابُ النَّارِ، وصُفِّدتِ الشياطِينُ

Maksudnya: Apabila menjelmanya Ramadhan, nescaya dibuka pintu Syurga, ditutup pintu-pintu Neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan”.

Oleh itu disunatkan kepada kita untuk melakukan amal ibadah dengan sebanyak yang mungkin bagi mengharapkan keredhaan Allah SWT.

Sumber : Facebook
Credit  @ JPKK Telaga Papan Permaisuri




  • Share:

You Might Also Like

0 comments

nama:
umur: