JANGAN MENUNDA UNTUK BERSEDEKAH

By ismishima - March 22, 2023



Mengeluarkan sesuatu harta atau wang ringgit pada jalan Allah sememangnya suatu amalan yang mulia sama ada ianya sedekah, zakat, wakaf, infaq dan lain-lain seumpamanya.

Justeru, petunjuk hadis mengatakan bahawa sementara kita masih dikurniakan kesihatan dan dikurniakan kelebihan rezeki, amalan ini tidak wajar ditunda-tunda dan termasuk dalam sedekah yang besar pahalanya.

Hadis daripada Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu, dia berkata bahawa ada seseorang yang menemui Nabi ﷺ, lalu berkata,

Wahai Rasulullah, sedekah mana yang lebih besar pahalanya?”

Baginda menjawab, “Engkau bersedekah pada saat engkau masih sihat, saat engkau takut menjadi fakir dan saat engkau berangan-angan menjadi kaya. Janganlah engkau menunda-nunda sedekah itu, hingga apabila nyawamu telah sampai di kerongkongan, barulah engkau berkata, "Untuk si fulan sekian dan untuk si fulan sekian, padahal harta itu sudah menjadi hak si fulan.”

[HR Bukhari #1419, Muslim #1032]

Semoga Allah membuka jalan dan mempermudahkan bagi kita untuk berzakat dan berwakaf.

Semoga Allah selalu membimbing kita.

________________________________

'ZAKAT TAK PERNAH MERUGI, WAKAF TAK PERNAH MENGURANGI'

Credit @ Majlis Agama Islam Negeri Sembilan

  • Share:

You Might Also Like

0 comments

nama:
umur: