Syair Perahu: Syair Tertua Di Alam Melayu
Maafkan lah kami
Dalam generasi ini
Tak kenal tak faham
Syair Perahu tunjang pujangga Melayu
Sesiapa yang layan lagu Wings - Jerangkung Dalam Almari mesti kenal lirik dekat atas ni. Apa yang menarik ialah lagu ni ada mention Syair Perahu. Persoalannya apa ke benda Syair Perahu ni?
Syair Perahu ni merupakan syair yang dihasilkan oleh Hamzah Fansuri di Aceh pada abad ke-16. Tambah menarik lagi, syair dari Hamzah Fansuri ni merupakan syair pertama di Alam Melayu.
Sebab sebelum tu syair memang tak wujud di Alam Melayu. Sebab syair ni dikatakan berasal daripada puisi orang Arab yang dipanggil sh’ir. Bila sh’ir ni masuk ke Alam Melayu, terus bertukar jadi syair dan disesuaikan mengikut budaya tempatan.
Buktinya korang boleh tengok setiap rangkap syair tu pasti akan diakhiri dengan huruf “aaaa”, “bbbb” atau “cccc”. Nak lagi mudah faham, korang tengok je petikan Syair Perahu dekat bawah ni:
“Wahai muda kenali dirimu,
ialah perahu tamsil tubuhmu,
tiadalah berapa lama hidupmu,
ke akhirat jua kekal diammu.”
Nampak tak setiap baris ayat di atas berakhir dengan “uuuu”. Selain itu, Syair Perahu juga ada ditulis menggunakan tulisan rencong.
Selepas Hamzah Fansuri menghasilkan Syair Perahu, penggunaan syair menjadi semakin popular. Sampai syair yang sebelum ini sangat sinonim dengan unsur keagamaan dan sufisme mula berubah kepada karya sastera.
Bermakna syair telah digunakan untuk menyampaikan bermacam jenis perkara. Antaranya macam syair tentang alam semula jadi, cinta, nasihat dan banyak lagi.
Apa-apapun kita perlu berterima kasih kepada Hamzah Fansuri kerana menjadi pencetus kepada penciptaan syair di Alam Melayu. Dengan syair ini banyak karya sastera telah terhasil. Sampai agak memberi kesan dalam penghasilan lirik lagu di zaman moden.
Oleh Azmil Azali
---
Kalau korang tahu lebih banyak tentang khazanah Alam Melayu macam Syair Perahu, apa kata jom baca KITAB TAMADUN MELAYU.
Mengeluarkan sesuatu harta atau wang ringgit pada jalan
Allah sememangnya suatu amalan yang mulia sama ada ianya sedekah, zakat, wakaf,
infaq dan lain-lain seumpamanya.
Justeru, petunjuk hadis mengatakan bahawa sementara kita
masih dikurniakan kesihatan dan dikurniakan kelebihan rezeki, amalan ini tidak
wajar ditunda-tunda dan termasuk dalam sedekah yang besar pahalanya.
Hadis daripada Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu, dia berkata
bahawa ada seseorang yang menemui Nabi ﷺ, lalu berkata,
“Wahai
Rasulullah, sedekah mana yang lebih besar pahalanya?”
Baginda menjawab, “Engkau bersedekah pada saat engkau masih
sihat, saat engkau takut menjadi fakir dan saat engkau berangan-angan menjadi
kaya. Janganlah engkau menunda-nunda sedekah itu, hingga apabila nyawamu telah
sampai di kerongkongan, barulah engkau berkata, "Untuk si fulan sekian dan
untuk si fulan sekian, padahal harta itu sudah menjadi hak si fulan.”
[HR Bukhari #1419, Muslim #1032]
Semoga Allah membuka jalan dan mempermudahkan bagi kita
untuk berzakat dan berwakaf.
Semoga Allah selalu membimbing kita.
________________________________
'ZAKAT TAK PERNAH MERUGI, WAKAF TAK PERNAH MENGURANGI'
Credit @ Majlis Agama Islam Negeri Sembilan
Pakailah pakaian yang menggambarkan ketakwaanmu. Pakaian
yang mengikut cara Islam yang menutupi aurat, tidak mengundang fitnah dan mampu
menjaga tubuh badan daripada sebarang kebinasaan. Pemakaian takwa inilah yang
disebutkan oleh Allah SWT dalam firman-Nya:
یَـٰبَنِیۤ ءَادَمَ قَدۡ أَنزَلۡنَا عَلَیۡكُمۡ لِبَاسࣰا یُوَ ٰرِی سَوۡءَ ٰ تِكُمۡ وَرِیشࣰاۖ وَلِبَاسُ ٱلتَّقۡوَىٰ
ذَ ٰلِكَ خَیۡرࣱۚ ذَ ٰلِكَ مِنۡ ءَایَـٰتِ ٱللَّهِ لَعَلَّهُمۡ
یَذَّكَّرُون
“Wahai
anak cucu Adam, sesungguhnya Kami telah menyediakan pakaian untuk menutup
auratmu dan perhiasan bagi kamu tetapi pakaian takwa itulah yang terbaik.
Demikianlah sebahagian tanda-tanda kekuasaan Allah semoga mereka beringat.”
(Surah Al-A'raf: 26)
Menutup aurat itu wajib bukan pilihan, semoga kita istiqomah sayang²ku 😘
CREDIT @ FACEBOOK Mei M** *****
Ikhlaskan diri menjalani ibadat disepanjang bulan yang penuh
barokah ini..
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ، إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا، غُفِرَ لَهُ مَا
تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
Maksudnya: “Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan
dengan penuh keimanan dan pengharapan, maka akan diampunkan dosanya yang telah
lalu.”
[Riwayat al-Bukhari (38) dan Muslim (760)]
Melalui berpuasa di bulan rahmat ini, Allah SWT akan
mengampuni dosa-dosa seseorang hamba. Bagaimanapun ulama mengingatkan bahawa
hanya dosa kecil sahaja yang terhapus manakala dosa besar tidak akan terhapus
melainkan dengan bertaubat kepada Allah SWT.
Hadis yang lain, daripada Abu Hurairah RA, Sabda Rasulullah
SAW:
إِذا جَاءَ رَمَضَانُ، فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الجنَّةِ، وغُلِّقَت
أَبْوَابُ النَّارِ، وصُفِّدتِ الشياطِينُ
Maksudnya: Apabila menjelmanya Ramadhan, nescaya dibuka
pintu Syurga, ditutup pintu-pintu Neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan”.
Oleh itu disunatkan kepada kita untuk melakukan amal ibadah dengan sebanyak yang mungkin bagi mengharapkan keredhaan Allah SWT.
Sumber : Facebook
Credit @ JPKK Telaga Papan
Permaisuri
Hati Berkata, Lisan Berbicara - Assalamualaikum W.B.T
Apabila Hati Berkata,
Lisan berbicara,
semakin meningkat usia,
semakin hati kelam mengejar dunia..
Mengapakah?
kenapakah?
dunia indah di mata pendosa,
tapi di mata yang mencintai-NYA.
ini hanya sementara,
Syurga tempat tinggal kita.
Jiwa !
tenanglah disisi yang Kuasa,
kerana hakikat cinta,
hanya untuk Dia,
Pemilik sekalian manusia.


.png)




