Kisah Gadis Bniqab/6

By ismishima - August 18, 2014

Assalam
****
Usai solat Asar. Humaira dan Alice pun bergerak
keluar. Tiba-tiba Alice memanggil Humaira.
?Ira, kamu lupa satu benda lah??
?Apa dia??
?Ni, takkan kamu nak bagi lelaki tengok pipi
kamu yang gebu itu,? jawab Alice sambil
tangannya melambai-lambai dengan niqab
berwarna merah jambu itu.
?Hah, Ya Allah, terlupa pulak aku nak pakai
niqab ni,? bisik Humairah ke dalam hatinya.
?Hai Ira, macam mana boleh lupa ni. Ingat kat
siapa tu? Heheh.?
?Alah dah terlupa nak buat macam mana.
Lagipun Ira baru je mula pakai niqab, so
kadang-kadang terlupalah. Kan Tun Dr Mahathir
pernah cakap Melayu muda lupa. Heheh.?
?Loyar buruk pulak budak ni,? jawab Alice.
?Jom Alice, Ira nak tunjuk satu benda best.?
?Apa benda yang best sangat tu??
?Alah ikut jele.?
Mereka berdua segera turun dari rumah. Humaira
membawa Alice menaiki basikal LeRun nya. Alice
duduk membonceng di belakang.
?Isy, Ira slow-slow lah sikit. Kang terjatuh dalam
sungai ni pulak,? rungut Alice ketika basikal
mereka melalui sebatang jambatan kayu yang
merentasi sebatang anak sungai.
?Hahaha, Alice ni penakut lah jugak. Ingatkan
dah biasa naik kapal terbang dah tak takut dah.?
Humaira terus memecut basikal LeRun nya
sambil Alice memeluk erat rakannya, takut-takut
terjatuh dari basikal. Sesekali pemuda-pemuda
kampung yang sedang duduk-duduk di kedai
kopi, bersiul dan mengusik-ngusik mereka.
Mungkin terpegun dengan wajah Alice. Masakan
tidak. Di sekolah dulu, Alice digelar sebagai
Princess. Menjadi kegilaan ramai. Hatta pelajar-
pelajar Melayu dan India pun ramai yang tertarik
dengan keayuan wajahnya.
?Hah! Alice, kan aku dah kata ramai budak
kampung ni nak ngorat kamu Alice.?
?Huh, tak ingin aku,? jawab Alice.
Humaira hanya tergelak kecil. Akhirnya mereka
tiba di destinasi yang dituju. Kelihatan ramai
orang lelaki di situ. Kelihatan juga wanita-
wanita kampung yang berusia. Mereka semua
seolah-olah sedang mengerumuni sesuatu.
?Isy, tempat apa ni Ira. Apa yang menarik kat
sini??
?Hah! Alice, kamu pernah dengar tak tentang
ibadah korban??
?Pernah jugak, yang Alice tau nanti orang Islam
akan sembelih lembu, kambing, ayam.?
Humaira tergelak. ?Isy, mana ada orang
sembelih korban guna ayam. Lembu dengan
kambing adalah.?
?Hehe Alice main teka je. Manalah saya tahu.?
?Hah dah jom kita pergi tengok orang tu
sembelih kambing.?
?Jom,? jawab Alice.
?Tengok tu, pakcik tu tengah siap sedia nak
sembelih kambingle tu.?
?Eh mana kambingnya??
?Tu, dalam kandang tu,? jawab Humaira sambil
menunjukkan jari telunjuknya ke arah kandang
kambing. Kelihatan seekor sahaja kambing yang
belum disembelih.
?Isy, kenapa tak bawak je kesemua kambing tu
keluar. Kan senang, tak payah ulang alik nak
ambik kambing tu dari kandang,? kata Alice.
?Hah, tu yang Alice kena tau. Islam ajar, kalau
nak sembelih binatang, kita jangan takut-
takutkan binatang-binatang tu. Janganlah pergi
asah pisau depan haiwan yang nak disembelih.
Apatah lagi nak biar haiwan-haiwan tu tengok
kawan-kawan diorang kena sembelih. Cuba Alice
bayangkan kalau Alice tengk Ira kena sembelih
macam kat Iraq tu,? terang Humaira.
?Isy, adake sampai cakap macam tu. Betul
gakkan. Mesti takut kambing-kambing tu kalau
tengok kawan-kawan dia kena sembelih.?
?Dulu waktu zaman Nabi, ada seorang lelaki
Islam pergi asah pisau depan binatang yang nak
disembelih. Ira lupalak apa binatang tu kambing
atau unta. Lepas tu Nabi Muhammad nampak.
Nabi cakap kat lelaki tu, kau nak bunuh
binatang ni dua kali ke.?
?Oo macam tu.?
?Isy dahlah. Jom tengok, kambing tu pun dah
dibawak ke tempat sembelih. Kejap lagi kambing
tu nak kena sembelihlah. Jom tengok.?
Bebarapa pemuda kampung itu sedang
menumbangkan kambir biri-biri itu. Kepalanya
diletakkan di atas satu tempat yang sudah digali
lubang. Mungkin supaya darah kambing itu tak
bersepah-sepah hingga mengotori kawasan
sekitar. Seorang lelaki dalam lingkungan 60an
mengeluarkan sebilah pisau yang kelihatan
sedikit panjang daripada biasa. Mata pisaunya
amat tajam. Mata kambing itu ditutup dengan
kain. Mungkin bagi mengelakkan ia ketakutan
melihat orang-orang disekelilingnya.

  • Share:

You Might Also Like

0 comments

nama:
umur: