La Tahzan (usah bersedih)

By ismishima - November 03, 2013

Assalamualaikum… Alhamdulillah…. Lancar jari jemari ana menaip sedikit kiasan yang merujuk article majalah al-ustaz isu ke 2… insyaallah dengan majalah ini… ana sebarkan sedikit sebanyak article dalam majalah ini… majalah ini sangat bermanfaat untuk kita menjalani kehidupan harian… tidak rugi rm10 ringgit jika membeli majalah ini… ilmu bertambah…motivasi diri akan kuat…insyaallah…



La Tahzan (usah bersedih)

ALLAH swt berfirman dalam surah Ali Imran ayat 139 yang bermaksud:
“Dan janganlah kamu berasa lemah (dalam perjuangan ,mempertahan dan menegakkan islam) dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa-apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan ) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh ) beriman”

ercikan air membasahi ke pipi. dia membiarkan pipinya sejuk dijamah dingin air terjun. Subhanaallah damai sungguh berada di puncak. Ditemani suara alam dan unggas tingkah meningkah . pandangan matanya segar melihat kehijauan ciptaan Allah. Ciptan ALLAH yang tiada tandinganya .kejadian alam yang penuh dengan kesempurnaan dan keindahan buat titipan sebahagian insan yang ingin merenung dan berfikir.
                Matanya merenung tajam tujahan air terjun yang deras menjunam. airnya yang deras menghasilkan percikan yang kuat.dia yang duduk di tepian . dia melihat batu-batuan yang ada di situ. Ada yang besar dan kecil. Pelbagai warna dan corak yang menarik.
                Fikirannya tiba-tiba terfikir tentang hati. Melihat tanah dan batuan di situ , mengamit ingatannya tentang soal hati. Seketul daging yang dibekalkan Allah kepada manusia sebagai Raja bagi segala anggota . tempat bersarang cinta Ilahi kepadanya hati yang dipenuhi noda akan tertarik pada bisikan syaitan. Hati yang mati tertutup untuk ingat kepada-Nya.
                Hati yang menerima cahaya dan petunjuk ilahi umpama tanah yang lembut dan mampu menyerap air , tanah yang boleh menangkung air , dapat memberi manfaat kepada orang lain disekitarnya. namun tanah yang keras, tidak mampu menyerap cahaya hidayah , ia umpama hati yang sengaja ditutup daripada kebenaran iaitu hati orang kafir yang keras seperti batu atau lebih keras dari itu..
                Dia tidak tahu hatinya mati, kerana dia tahu insan bergitu umpama memiliki jasad yang tiada roh . jasad yang tiada roh sudah tiada ertinya lagi. Hatinya perlu dipagar , digilap dan dibajai dengan cahaya iman ,. Cahaya iman penyuluh hati yang mati..
                Kadang-kadanng kita bersedih dengan ujian yang menimpa kita… mengeluh…. Dan tertanya-tanya mengapa Ilahi memberikan ujian yang berat buat diri kita… ketahuilah wahai Hamba ALLAH, Allah itu maha penyayang.. Allah tidak akan memberikan ujian yg berat kepada kita, jika kita tidak mampu mengharunginya… maka setiap ujian yang diberikan Allah kepada kita… sbenarnya ujian itu kita mampu untuk terus mengharunginya… tidak beriman seorang itu, jika tidak diuji….jika kita diuji.. usah bersedih… ujian itu tanda kasih sayang Allah pada kita… itu juga tanda ALLAH masih mengingati kita…
                Ujian yang datang penuh dengan bentuk-bentuk cabaran… dan bermacam-macam karenah manusia menghadapinya, ada yang menghadapinya dengan perasaan marah, cacian dan jalan ringkas bunuh diri… astargfirullahalazim….jadi ujian yang diberikan hendaklah diharungii dengan keimanan yang ada dalam diri… amal kan menyebut “La Tahzan, Allah bersama saya” insyaAllah.. akan naik semangat tidak berputus asa dalm menempuhi kehidupan dan ujian Ilahi…. Disini hanya sementara dan disana menanti kita… wasalam… J

                054 822 731

  • Share:

You Might Also Like

0 comments

nama:
umur: