KEMUSYKILAN HUKUM-HAKAM INTERNET

By ismishima - October 27, 2013

Apakah hukum melayari internet dan laman social seperti  facebook , twitter & lain2 lagi?

JAWAPAN

                Hukum asal perkara ini adalah harus , sesuai dengan kaedah mengharuskan yang asal (istishab al-asl). Kaedah ini  berdasarkan kepada penegasan Allah bahawa segala sesuatu di atas muka bumi ini adalah untuk kegunaan manusia.  Maka, selagi tiada larangan syarak terhadap sesuatu itu , maka hukumnya halal.

                Namun bergitu, hukum ini boleh berubah apabila pengunaan internet membabitkan perkara –perkara tertentu .. Ia boleh menjadi haram , wajib , sunat dan makruh..

Hukum
Syarat-syarat
Haram
Jika digunakan untuk melakukan perkara- perkara maksiat seperti melihat gambar-gambar lucah,mengumpat, memaki hamun dan melalaikan seseorang daripada melakukan kewajiban sebagai hamba Allah SWT , anak, suami/isteri , pekerja dan lain-lain
Wajib
Jika internet menjadi satu-satunya cara menyebarkan ilmu dan dakwah islam.
Menjawab tuduhan sesat terhadap Rasulullah SAW dan Al-Quran
Menyedarkan masyarakat terhadap ahli bidaah dan musuh-musuh islam.
Sunat
Menambah ilmu dan mendalami hikmah para ulama
Medium silaturahim dengan keluarga dan sahabat
Makruh
Jika terlalu asyik sehingga membazirkan masa dengan perkara-perkara yang sia-sia dan tidak bermanfaat.

Kini sudah ada satu perisian yang boleh mencuri kata laluan dan seterusnya menceroboh jaringan wi-fi milik orang lain. Apakah hukum perbuatan seperti ini?

JAWAPAN

                Hukumnya haram, islam memandang suci hak pemilikan orang lain. seorang muslim tidak dibenarkan mengambil milik orang lain tanpa izinya sama ada berbentuk barang atau manfaat.. Rasulullah SAW mengingatkan :” tidak halal bagi seseorang mengambil tongkat milik saudaranya melainkan dengan rela hati .” (riwayat- ibn khuzaimah)

Bersandarkan hadis ini , mengunakan wi-fi milik orang lain tanpa kebenaran daripda tuannya adalah salah, apatah lagi perbuatan yang melibatkan pencerobohan hak privasi seseorang…
tetapi, jika ia kegunaan umum esperti cyber café , md dan lain-lain.. hukumnya harus….


Apakah hukumnya tidak membalas mesej yang masuk ke dalam inbox ?

JAWAPAN

Tiada kewajipan untuk membalas mesej yang masuk dan melayani setiap orang yang ingin berbual dengan kita.. lebih-lebih lagi jika kita tidak mengenalinya dan kandungan mesejnya bukan sesuatu yang mustahak..

                Namun bergitu , jika saudara mengenali orang tersebut , alangkah baiknya jika saudara membalas mesej itu walau dengan beberapa patah… ini dikatakan satu adap muslim yang sangat baik..

SEDAP X??? wasalam...

  • Share:

You Might Also Like

0 comments

nama:
umur: