kisah ainul mardhiah
By ismishima - August 12, 2013
assalamualaikum
Ainul Mardhiah merupakan
seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari-bidadari yang
lain bermaksud mata yang di redhai.
Suatu pagi (di dalam bulan
puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan
sahabat untuk berjihad pada agama Allah) katanya siapa-siapa yang
keluar di jalan Allah tiba-tiba ia shahid, maka dia akan dianugerahkan
seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari syurga. Mendengar
berita itu seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat
untuk mengetahui bagaimana cantiknya bidadari tersebut tetapi dia berasa
malu untuk bertanyakan kepada nabi dan pada para sahabat yang lain.
Namun dia tetap beri nama sebagai salah seorang yang akan keluar
berperang.
Sebelum zohor Rasulullah akan
tidur sebentar, maka para sahabat pun turut tidur termasuklah pemuda
tersebut juga turut tidur sebelum Zohor.
Dalam
tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah,
dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan
muka yang berseri-seri lalu ditanyanya dimanakah dia… lalu lelaki itu
menjawab inilah syurga. Lalu dia menyatakan hasrat untuk berjumpa
dengan ‘Ainul Mardhiah…
lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalan dia… di suatu pepohon
beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan
begitu… tak pernah dilihat di dunia ini… lalu diberi salam dan dia
bertanya andakah dia ainul mardhiah… wanita itu menjawab ehh tidak… saya
khadamnya ainul mardhiah ada di dalam singgahsana sana.
Lalu
dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati
ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang
pertama tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai….
lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah dia ainul mardiah lalu
wanita itu menjawab…eh tidakkk saya hanya khadamnya di dalam mahligai
ini… ainul mardiah ada di atas mahligai sana,….. lalu dinaikinya
anak-anak tangga mahligai permata itu kecantikkannya sungguh
mengkagumkan… lalu dia sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang
wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda
catiknya dari yang kedua…. dan tak pernah dia lihat di dunia…. lalu
wanita itu berkata …akulah ainul mardhiah, aku diciptakan untk kamu dan
kamu diciptakan untuk aku…. bila lelaki itu mendekatinya wanita itu
menjawab… nanti kamu belum syahid lagi…tersentak
itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan
segala-galanya kepada satu sahabat lain, namun begitu dia memesan agar
jangan menceritakan cerita ini kepada nabi SAW… tapi sekiranya dia
shahid barulah ceritakan kepada nabi.
waslam
0 comments
nama:
umur: