Rindunya para sahabat kepada Rasulullah, kita macam mana?

By ismishima - January 10, 2015


... Kerana terlalu sedih sebab kewafatan Nabi Muhammad SAW, hati Bilal RA terus berada dalam kesedihan dan kesedihan itu yang mendorongnya meninggalkan Kota Madinah, Bilal RA mengikut pasukan Fath Islamy menuju ke Kota Syam, dan kemudian tinggal di Homs, Syria.
Setelah sekian lama Bilal RA. tidak mengunjungi Kota Madinah, maka pada suatu malam, beliau bermimpi yang Nabi Muhammad SAW hadir dalam mimpinya dan menegurnya:
“Ya Bilal, wa maa hadzal jafa’? Hai Bilal, kenapa engkau tak mengunjungiku? Kenapa sampai begini?.”
Bilal pun terbangun dan terperanjat dengan mimpi tersebut, lalu beliau segera mempersiapkan diri untuk perjalanan ke Kota Madinah, untuk menziarahi Nabi Muhammad SAW. kerana sudah sekian tahun beliau meninggalkan Nabi.
Setibanya di Kota Madinah, Bilal rasa sungguh sebak dan terharu kerana terlalu rindukan Nabi Muhammad SAW. sepertimana rindunya seorang kekasih kepada sang kekasihnya.
Kemudian datang dua orang pemuda yang telah beranjak dewasa, mendekatinya. Keduanya adalah cucunda Nabi Mohammad SAW, iaitu Hasan dan Husein. Merah bengkak matanya sambil menangis, maka Bilal yang semakin beranjak tua memeluk kedua cucu Nabi Muhammad SAW itu. Salah seorang daripada mereka berkata kepada Bilal RA.:
“Pakcik, maukah pakcik mengumandangkan azan buat kami sekali sahaja? Kami ingin mengenang atuk kami.”
Ketika itu, Umar Al Khattab yang telah jadi Khalifah juga sedang melihat pertemuan dan perbualan yang mengharukan itu, dan beliau juga memohon pada Bilal untuk mengumandangkan azan, walaupun sekali saja.
Bilal pun memenuhi permintaan itu memandang ia adalah permintaan cucu-cucu Nabi Muhammad SAW. Apabila tiba waktu solat, lalu Bilal pun naik ke tempat dahulu yang dia biasa berdiri untuk azan pada masa Nabi Muhammad SAW masih hidup. Lalu Bilal pun mulailah mengumandangkan azan.
Pada saat Bilal melafazkan
“Allahu Akbar” maka tiba-tiba seluruh Kota Madinah menjadi senyap, segala aktiviti terhenti, semua terkejut, kerana terdengar suara yang telah bertahun-tahun hilang, suara yang mengingatkan pada susuk nan agung, suara yang begitu dirindukan, dan ia telah kembali.
Ketika Bilal meneriakkan kata “Asyhadu an laa ilaha illallah”, seluruh isi Kota Madinah berlari-lari ke arah suara itu sambil berteriak, bahkan para gadis dalam pingitan pun turut keluar.
Dan pada saat Bilal mengumandangkan “Asyhadu anna Muhammadan Rasulullah”, maka seluruh Kota Madinah pecah oleh tangisan dan ratapan yang sangat memilukan. Semua menangis, teringat masa-masa indah bersama Nabi SAW. Umar Al Khattab yang paling keras tangisannya. Bahkan Bilal sendiri pun tak sanggup meneruskan azannya lagi. Lidahnya tersekat oleh air mata yang berderai.
Hari itu, Kota Madinah kembali mengenang masa dan saat Nabi Muhammad SAW masih ada
Tak ada pribadi agung yang begitu dicintai seperti Nabi Muhammad SAW dan azan itu, azan yang tak bisa dirampungkan itu, adalah azan pertama sekaligus azan yang terakhir oleh Bilal RA. semenjak dari tarikh kewafatan Nabi Muhammad SAW.
Dia tidak pernah bersedia lagi untuk mengumandangkan azan. Sebab kesedihan yang teramat sangat yang merobek-robek hatinya kerana terkenang seseorang yang kerananya dirinya telah terangkat darjat yang begitu tinggi.
Semoga kita pun dapat merasakan nikmatnya Rindu dan Cinta seperti yang Allah karuniakan kepada Sahabat Bilal bin Rabah RA. Amin


  • Share:

You Might Also Like

0 comments

nama:
umur: