Kisah Sedih!! Nilai Seorang ISTERI ..
By ismishima - January 10, 2014
Apabila membaca ini, kita akan dapat faham apakah nilai
sebenar seorang isteri
#Seorang
penceramah mengadakan permainan kecil kepada tetamu di dewan yang sudah
berkeluarga dan meminta 1 orang datang kedepan.
PENCERAMAH : ? Tulis 10 nama yang
paling rapat dengan anda?
Lalu
lelaki tersebut menuliskan 10 nama, disana ada nama jiran, orangtua, teman kerja,
sahabat, anak dan juga isteri nya serta
seterusnya.
PENCERAMAH : Sekarang
silakan pilih 7 diantaranya yang sekiranya anda ingin hidup terus
bersamanya.
Lelaki itu menghapus
3 nama yang ditulisnya tadi.
PENCERAMAH : Hapus 2 nama lagi,sehingga tinggal lah 5 nama lagi yang ada
di papan tersebut.
PENCERAMAH :
?Hapus 2 nama lagi?,
maka tinggal 3
nama, iaitu nama orang tua, anak dan isteri nya.
Suasana dewan menjadi hening, mereka
berfikir semua sudah selesai dan tak ada lagi yang harus dipilih.
Tiba-tiba
PENCERAMAH berkata : ?silakan
padam 1 nama lagi!?,
Lelaki itu
perlahan mulai mengambil keputusan yang sulit dan menghapus nama orang tuanya
secara perlahan
PENCERAMAH :
Silakan pilih 1 nama lagi!.
Lelaki menjadi bingung. Kemudian mengangkat kapur dan lambat laun mulai
menghapus nama anaknya dan lelaki itu pun menangis. Setelah suasana tenang
PENCERAMAH bertanya kepada lelaki
itu. :? kenapa kau tidak memilih orang tuamu yang telah melahirkan dan membesarkanmu,
tidak juga memilih anak yang darah daging anda sendiri, sedangkan isteri itu
dapat kau cari lagi.?
Semua
orang di dalam dewan tersebut terpaku menunggu jawapan dari lelaki
tersebut.
Lalu lelaki menjawab:
? Seiring waktu berlalu, orang tua saya akan pergi dan meninggalkan saya,
sedangkan anak jika sudah dewasa akan berkahwin , setelah itu juga pasti akan
meninggalkan saya. Sedangkan yang benar-benar boleh menemani saya dalam hidup
ini hanyalah ISTERI saya.
Orang
tua dan anak bukan saya yang memilih, tapi Tuhan yang menganugerahkannya.
Sedangkan ISTERI, sayalah yang memilih dari sekian banyak wanita yang ada di
dunia ini.?
Semoga kita semua
boleh mengambil hikmah dari cerita diatas......
0 comments
nama:
umur: