Syair Perahu: Syair Tertua Di Alam Melayu

By ismishima - March 14, 2024

 Syair Perahu: Syair Tertua Di Alam Melayu


Maafkan lah kami 

Dalam generasi ini

Tak kenal tak faham

Syair Perahu tunjang pujangga Melayu


Sesiapa yang layan lagu Wings - Jerangkung Dalam Almari mesti kenal lirik dekat atas ni. Apa yang menarik ialah lagu ni ada mention Syair Perahu. Persoalannya apa ke benda Syair Perahu ni?


Syair Perahu ni merupakan syair yang dihasilkan oleh Hamzah Fansuri di Aceh pada abad ke-16. Tambah menarik lagi, syair dari Hamzah Fansuri ni merupakan syair pertama di Alam Melayu.


Sebab sebelum tu syair memang tak wujud di Alam Melayu. Sebab syair ni dikatakan berasal daripada puisi orang Arab yang dipanggil sh’ir. Bila sh’ir ni masuk ke Alam Melayu, terus bertukar jadi syair dan disesuaikan mengikut budaya tempatan.


Buktinya korang boleh tengok setiap rangkap syair tu pasti akan diakhiri dengan huruf “aaaa”, “bbbb” atau “cccc”. Nak lagi mudah faham, korang tengok je petikan Syair Perahu dekat bawah ni:


“Wahai muda kenali dirimu, 

ialah perahu tamsil tubuhmu, 

tiadalah berapa lama hidupmu, 

ke akhirat jua kekal diammu.”


Nampak tak setiap baris ayat di atas berakhir dengan “uuuu”. Selain itu, Syair Perahu juga ada ditulis menggunakan tulisan rencong.


Selepas Hamzah Fansuri menghasilkan Syair Perahu, penggunaan syair menjadi semakin popular. Sampai syair yang sebelum ini sangat sinonim dengan unsur keagamaan dan sufisme mula berubah kepada karya sastera.


Bermakna syair telah digunakan untuk menyampaikan bermacam jenis perkara. Antaranya macam syair tentang alam semula jadi, cinta, nasihat dan banyak lagi.


Apa-apapun kita perlu berterima kasih kepada Hamzah Fansuri kerana menjadi pencetus kepada penciptaan syair di Alam Melayu. Dengan syair ini banyak karya sastera telah terhasil. Sampai agak memberi kesan dalam penghasilan lirik lagu di zaman moden. 


Oleh Azmil Azali


---


Kalau korang tahu lebih banyak tentang khazanah Alam Melayu macam Syair Perahu, apa kata jom baca KITAB TAMADUN MELAYU.


  • Share:

You Might Also Like

0 comments

nama:
umur: