"cinta itu fitrah manusia"

By ismishima - June 16, 2013

Assalamualaikum wbt…

 Alhamdulillah… ana masih lagi bernyawa dimuka bumi ini….ana ingin menceritakan sedikit tentang cinta… cinta itu fitrah manusia …kekadang cinta itu membuatkan kita lalai dari ilahi… tetapi tidak semua cinta itu melalaikan… ada juga cinta yang membawa diri kita kepada ilahi.. sebelum kita mencintai manusia, kita haruslah mencintai ALLAH…Ya ALLAH dekatkan lah hatiku denganMu sebelum aku mencintai manusia…itu doa ana yang selalu ana ingat…dan ana ada kata –kata untuk bkal suami ana 

   Wahai bakal suamikku… aku ingin engkau melabuhkan cintamu terhadap Ilahi sebelum engkau melabuhkan cintamu padaku… jika engkau melbuhkan cintamu pada Allah, maka carilah aku untuk berdamping denganmu… aku ingin engkau melabuhkan cintamu terhadap Ilahi sebelum engkau melabuhkan cintamu padaku kerana apabila yang Esa datang menjemputku, engkau tidak akan keseorang dan menagis kerana pemergianku, kerana engkau ada ALLAH.. 

    Wahai bakal suamiku… aku ingin kau tahu… aku mencintaimu kerana agama yang ada pada dirimu, jika hilang agama itu, maka hilanglah rasa cinta ku padamu… 

    Wahai bakal suamiku…cinta itu buta, janganlah kau membutakan hatimu seperti cintamu.. 

     Wahai bakal suamiku….ajarkan aku apa yang aku tidak tahu pasal agama…. Bimbinglah diri ini kea rah jalan yang diredai ilahi… sesungguhnya dosaku akan kau tanggung sekiranya engkau tidak mengcegah dan mengajar ku kea rah jalan diredai… 

     Wahai bakal suamiku..cinta selepas nikah lebih baik dari cinta sebelum nikah..jadi aku ingin mencintaimu selepas akad nikah dilafazkan… aku ingin cintaku dilafazkan apabila kau sah menjadi suamiku.. 

      Wahai bakal suamiku… aku tidak akan berupaya membimbing anak kita.. maka bantulah aku untuk membimbing kea rah jalan ilahi..


 Tetapi buat masa sekrang, ana ingin belajar dulu… soal jodoh , biar ALLAH yang tentukan…soal Cinta pulak… ana akan cuba melabuhkan cinta ana pada Yg Esa dulu… insyaallah ..jika kita mebuhkan cinta kita pada yg Esa dahulu sebelum kita melabuhkan cinta kita pada manusia.. maka…Rumah tangga akan bahgia… Insyaallah… ok setakt ini jer …wasalam…

  • Share:

You Might Also Like

0 comments

nama:
umur: