Membentuk Murabbi Mursyid

By ismishima - February 01, 2015


Nota Ringkas Siri 21:-
Kita mesti meyakini bahawa masa depan dunia adalah di tangan Islam. Islam adalah agama Allah. Agama yang paling tinggi martabatnya adalah Islam. Jika Islam dimain-mainkan apa perasaan kamu?
Satu nukilan Syeikh Dr Yusuf Al-Qardawi Hafizahullah dalam bukunya ‘Al-Mubasyyiraat Bi Intisaaril Islam’, Antara sunnah Ilahi itu ialah Sunnah Al-Mudawalah (Sunnah Pertukaran Kuasa).
Syeikh Yusuf Qardawi mengistinbatkan Mudawalah ini dalam satu ayat yang diturunkan Allah selepas peperangan Uhud iaitu:-
إِن يَمْسَسْكُمْ قَرْحٌ فَقَدْ مَسَّ الْقَوْمَ قَرْحٌ مِّثْلُهُۥوَتِلْكَ الْأَيَّامُ نُدَاوِلُهَا بَيْنَ النَّاسِ
“Jika kamu (pada perang Uhud) mendapat luka, maka sesungguhnya kaum (kafir) itupun (pada perang Badar) mendapat luka yang serupa. Dan masa (kejayaan dan kehancuran) itu Kami pergilirkan diantara manusia (agar mereka mendapat pelajaran). (Surah Ali-‘Imran ayat 140)
Manakala, dalam satu ayat yang lain pula, Allah SWT berfirman:-
وَلَقَدْ كَتَبْنَا فِي الزَّبُورِ مِن بَعْدِ الذِّكْرِ أَنَّ الْأَرْضَ يَرِثُهَا عِبَادِيَ الصَّالِحُونَ
“Dan demi sesungguhnya, Kami telah menulis dalam Kitab Zabur (semua kitab yang Allah turunkan kepada nabi-nabinya) selepas tertulis di Az-Zikr (Luh Mahfuz), bahawa bumi ini akan diwarisi oleh hamba-hambaKu yang soleh” (Surah Al-Anbiya’ ayat 105)
Hasil daripada ayat inilah terhasilnya Muhawalah. Walaupun "power Islam" hari ini disekat, disailang, ditindih, digam dan dipaku di merata-rata tempat. Ianya akan digantikan dengan Islam Yakinlah!
Bukan sekadar itu sahaja, wujud manusia hairan bagi memperlekehkan orang yang membawa syumuliah Islam dicop jumud dan beku kerana tidak terbuka dan idealis lama. Akhirnya "manusia hairan" menolak kepimpinan Ulamak yang mewarisi sinergi Anbiya'. Barangkali ilmu yang dipelajar dahulu adalah tidak barakah dan niat yang salah dalam menuntut ilmu.
Selayaknya pewaris Nabi dalam membawa nakhoda Islam ini sepatutnya yang disanjung, dihormati dan jasa pengorbanan dihargai bukan dicemuh.
Kita yang mencemuh ini kerana kita banyak gemudi fakta yang diambil dari sumber sekunder. Jika menukil dari sumber primer kebarangkalian "manusia hairan" mengulas tanpa syariat dan kerangka Islam. Menggunakan wasilah salah untuk menghalalkan matlamat grand design mereka.
Tidak dinafikan juga, wujud sikap isti'jal dalam diri umat Islam kerana tidak memahami erti Sunnatullah. Perkara ini bukanlah satu indikator yang dipandang oleh "manusia hairan" kerana hanya meneliti literal Quran dan Hadis tanpa merujuk kepada ulamak akhirat. Menafsir ayat ikut kepala otak tanpa merujuk ulama mufassirun.
selain itu, Zaman Nabi ada juga sahabat yang ditegur kerana Isti'jal (gopoh) mahukan kemenangan. 2.3 orang sahabat yang dikisahkan dalam Hadis Sahih Bukhari antaranya berkaitan Khabab Al Arat yang memohon Nabi berdoa agar dimenangkan Islam.
Inilah petunjuk ilahi yang kita perlu teguhkan sehingga tidak melanggar sunnatullah. Dalam masa yang sama tidak gentar dan terus istiqamah dalam jalan dakwah ini.
Akhirnya kita ini selaku Umat Nabi Muhammad seharusnya meyakini bahawa masa depan adalah untuk Islam, milik Islam dan Untuk Islam selamanya. Justeru itu, Syeikh Dr Yusuf Al-Qardawi menyatakan bahawa:-
“Sekiranya kurun ke-19 adalah kurun untuk Kristian, kurun ke-20 adalah kurun untuk Yahudi dan terbinanya negara haram Israel serta penjajahan mereka ke atas lebih 20 buah negara Arab, maka kurun ke-21 adalah kurun untuk Islam!”
Hayatilah agama dalam kehidupan!
2 Februari 2015, Isnin
- Murabitun_Syahid -


  • Share:

You Might Also Like

0 comments

nama:
umur: