Apakah hukum melayari internet dan laman social seperti facebook , twitter & lain2 lagi?
JAWAPAN
Hukum asal perkara ini adalah harus , sesuai dengan kaedah mengharuskan yang asal (istishab al-asl). Kaedah ini berdasarkan kepada penegasan Allah bahawa segala sesuatu di atas muka bumi ini adalah untuk kegunaan manusia. Maka, selagi tiada larangan syarak terhadap sesuatu itu , maka hukumnya halal.
Namun bergitu, hukum ini boleh berubah apabila pengunaan internet membabitkan perkara –perkara tertentu .. Ia boleh menjadi haram , wajib , sunat dan makruh..
Hukum | Syarat-syarat |
Haram | Jika digunakan untuk melakukan perkara- perkara maksiat seperti melihat gambar-gambar lucah,mengumpat, memaki hamun dan melalaikan seseorang daripada melakukan kewajiban sebagai hamba Allah SWT , anak, suami/isteri , pekerja dan lain-lain |
Wajib | Jika internet menjadi satu-satunya cara menyebarkan ilmu dan dakwah islam. Menjawab tuduhan sesat terhadap Rasulullah SAW dan Al-Quran Menyedarkan masyarakat terhadap ahli bidaah dan musuh-musuh islam. |
Sunat | Menambah ilmu dan mendalami hikmah para ulama Medium silaturahim dengan keluarga dan sahabat |
Makruh | Jika terlalu asyik sehingga membazirkan masa dengan perkara-perkara yang sia-sia dan tidak bermanfaat. |
Kini sudah ada satu perisian yang boleh mencuri kata laluan dan seterusnya menceroboh jaringan wi-fi milik orang lain. Apakah hukum perbuatan seperti ini?
JAWAPAN
Hukumnya haram, islam memandang suci hak pemilikan orang lain. seorang muslim tidak dibenarkan mengambil milik orang lain tanpa izinya sama ada berbentuk barang atau manfaat.. Rasulullah SAW mengingatkan :” tidak halal bagi seseorang mengambil tongkat milik saudaranya melainkan dengan rela hati .” (riwayat- ibn khuzaimah)
Bersandarkan hadis ini , mengunakan wi-fi milik orang lain tanpa kebenaran daripda tuannya adalah salah, apatah lagi perbuatan yang melibatkan pencerobohan hak privasi seseorang…
tetapi, jika ia kegunaan umum esperti cyber café , md dan lain-lain.. hukumnya harus….
tetapi, jika ia kegunaan umum esperti cyber café , md dan lain-lain.. hukumnya harus….
Apakah hukumnya tidak membalas mesej yang masuk ke dalam inbox ?
JAWAPAN
Tiada kewajipan untuk membalas mesej yang masuk dan melayani setiap orang yang ingin berbual dengan kita.. lebih-lebih lagi jika kita tidak mengenalinya dan kandungan mesejnya bukan sesuatu yang mustahak..
Namun bergitu , jika saudara mengenali orang tersebut , alangkah baiknya jika saudara membalas mesej itu walau dengan beberapa patah… ini dikatakan satu adap muslim yang sangat baik..
SEDAP X??? wasalam...