This post may offend some group of people but I'm posting it anyway because I care.
Pesakit termuda yang aku pernah handle untuk angin ahmar/stroke berdarah ( hemorrhagic stroke) berumur 34 tahun. Muda lagi, anak 2 orang, berumur 6 dan 3 tahun. Tiada sejarah perubatan tetapi tekanan darah masa arrival was sky high melebihi 200/100. So ini yang kita panggil hypertensive bleed/hypertensive intracerebral hemorrhage (stroke berdarah akibat tekanan darah tinggi yang tidak terkawal). Maybe tak pernah periksa or buat check up sebab masih muda dan rasa sihat, mampu berkerja dan lain-lain. CT brain pun menunjukan pendarahan di tempat yg typical untuk hypertensive bleed (pontine dan basal ganglia). Akibat pendarahan yang teruk dan melibatkan sebahagian besar otak pesakit ini meninggal dunia despite vigorous resuscitation. Medical staff tahu lah kalau young patient with good premorbid macam mana active resus tu.
Pesakit bukan seorang yang obese, tiada sejarah perubatan seperti kencing manis, darah tinggi atau connective tissue disease, tiada drug seeking behaviour, tak pernah ambil ubat traditional or supplement yang mengarut tu tetapi seorang perokok tegar. Menurut waris, sekotak sehari dan mula merokok sejak berumur 15 tahun. Benda ni sensitif, tapi bila aku tengok anak-anak yang masih kecil tu aku rasa aku perlu sekurangnya berkongsi tentang benda ni.
Ramai yang sebenarnya fikir merokok tu hanya melibatkan paru-paru. Ini sangatlah superficial. Segala racun dan bahan kimia didalam rokok ni akan pergi ke seluruh anggota badan dan organ melalui darah. Mudaratnya tidak hanya berhenti di paru-paru tetapi berisiko untuk mendapat serangan jantung, stroke, pelbagai jenis barah, kemandulan, mati pucuk etc etc etc. Belum lagi kesan buruk asap rokok terhadap anak-anak kecil. Secondhand and thirdhand smoker are as bad as well. Teguran aku ni bukan sebab aku rimas benci or nak kafir dan sesatkan korang tapi sebab aku risau.
Apa lah budak yang berumur 3 dan 6 tahun tu tahu tentang kematian. Esok lusa they will ask about their father, macam mana ibu tu nak terangkan? Aku berdepan dengan kematian pesakit hampir setiap hari sehingga kan aku dah terbiasa tetapi bila si kakak berumur 6 tahun tu merayu mengajak si ibu untuk membawa ayahnya pulang aku terkesan. Sebab sebahagian besar rakan-rakan aku perokok dan sebahagian besar daripada mereka mempunyai anak kecil. Nanti ada yang tanye pasal vape lah shisha lah, jawapan aku masih sama macam rokok, kenapa perlu ambil risiko?
Maaf atas penulisan yang mungkin menyinggung, ini bukan untuk aku, tetapi untuk keluarga korang, anak-anak yang masih kecil.
The best time to quit smoking was the day you started, the second best time to quit is today.
Cp: fb Syafiq idris