AKU INGIN MENJADI GADIS IDAMAN
gadis itu wajahnya berona NUR IMAN
mahkotanya dilitupi tanda KEHORMATAN
maruah diri dipagari dengan KESOPANAN
dialah puteri indah RUPAWAN
tika gadis lain sibuk menghiasi diri
dia hias NUR ILAHI pada wajahnya
tika gadis lain sibuk mencari SANG PUTERA
dia selesa bersama CINTA-NYA
tika gadis lain bermadah pujangga
dia tekun dengan bait kata TUHANYA
tika gadis lain sibuk menangisi kepergiaan ARJUNA
dia tangisi kehinanan diri sebagai HAMBA
gadis itu seperti mawar berduri
indah dipandang tapi sukar dipegang
mulianya kerana KETAQWAAN
cantiknya kerana keperibadiaan akhlak mulia
kerana itulah dikatakan
GADIS IDAMAN