Sewaktu baru pulang dari Timur Tengah, Prof. DR. Hamka, seorang pembesar Muhammadiyyah, menyatakan bahawa menyambut Maulid itu haram dan bid’ah kerana tidak ada petunjuk daripada Nabi Muhammad SAW, orang berdiri membaca selawat ketika Asyraqalan (Mahallul Qiyam) adalah bid’ah dan itu berlebih-lebihan tidak ada petunjuk daripada Nabi Muhammad SAW.
Tetapi ketika Buya Hamka sudah tua, beliau berkenan menghadiri acaraMaulid Nabi SAW jika ada orang yang mengundangnya. Orang ramai sedang asyik membaca Maulid al-Barzanji dan berselawat saat Mahallul Qiyam, Buya Hamka pun turut serta asyik dan khusyuk mengikutinya.
Lantas para muridnya bertanya: “Buya Hamka, dulu sewaktu tuan masih muda, tuan begitu keras menentang acara-acara seperti itu namun setelah tua kok berubah?”
Dijawab oleh Buya Hamka: “Iya, dulu sewaktu saya muda kitabnya baru satu. Namun setelah saya mempelajari banyak kitab, saya sedar ternyata ilmu Islam itu sangat luas.”
Dalam riwayat yang lain menceritakan bahawa, dulu sewaktu mudanya Buya Hamka dengan tegas menyatakan bahawa Qunut dalam solat Subuh termasuk bid’ah! Tidak ada tuntunannya daripada Rasulullah SAW. Sehinggakan, Buya Hamka tidak pernah melakukan Qunut dalam solat Subuhnya.
Namun setelah Buya Hamka menginjak usia tua, beliau tiba-tiba membaca doa Qunut dalam solat Subuhnya.
Selesai solat, jamaahnya pun bertanya hairan: “Buya Hamka, sebelum ini tak pernah terlihat satu kalipun tuan mengamalkan Qunut dalam salat Subuh. Namun mengapa sekarang tuan mengamalkannya?”
Dijawab oleh Buya Hamka: “Iya. Dulu saya baru baca satu kitab. Namun sekarang saya sudah baca seribu kitab.”
Gus Anam (KH. Zuhrul Anam) mendengar dari gurunya, Prof. DR. As-Sayyid Al-Habib Muhammad bin Alwi al-Maliki Al-Hasani, dari gurunya Al-Imam Asy-Syaikh Said Al-Yamani yang mengatakan: “Idzaa zaada nadzrurrajuli waktasa’a fikruhuu qalla inkaaruhuu ‘alannaasi.”
(Jikalau seseorang bertambah ilmunya dan luas cakerawala pemikiran serta sudut pandangnya, maka ia akan sedikit menyalahkan orang lain).
Kesimpulannya adalah orang yang suka menyalahkan orang lain bererti pemahaman ilmunya masih dangkal.
(Kisah ini diceritakan oleh bekas murid beliau)